fbpx

Usaha kesan tokan dadah akan dipertingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika menyantuni 30 anak yatim di Pulapol KL dalam Majlis Jamuan Raya JSJN hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis akan mempertingkatkan operasi dan serbuan bagi memberkas ketua sindiket dadah untuk membanteras aktiviti itu secara menyeluruh di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu penting dalam memastikan kegiatan dadah tidak berlanjutan sehingga memberi kesan terhadap masa depan anak-anak muda.

“Pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa di negara ini.

“Susulan itu, polis akan meningkatkan momentum untuk menyekat pengedaran dan penyeludupan dadah dengan menyasarkan tangkapan terhadap tokan kegiatan terbabit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar dalam Majlis Jamuan Raya JSJN di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan bekas ketua-ketua pengarah narkotik.

Mengulas lanjut, Ayob memaklumkan polis berjaya menahan seramai 1,500 hingga 2,000 tokan dadah menerusi Ops Tapis sepanjang lima bulan ini.

“Namun, sindiket akan terus mencari ruang dan peluang untuk meneruskan aktiviti pengedaran dadah.

“Jadi kita akan terus memberikan fokus kepada ketua sindiket, selagi mereka tidak ditangkap, isu dadah tidak akan berakhir,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI