fbpx

Mayat pendaki kedua ditemui, operasi pencarian ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menutup mayat mangsa yang ditemui unit anjing pengesan K9 Bomba pada pukul 11.20 pagi dengan kesan kecederaan pada badan dan kepala.

IPOH – Mayat pendaki kedua yang hilang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai dekat sini ditemui pasukan penyelamat pagi tadi.

Mayat ditemui oleh unit anjing pengesan K9 Bomba pada pukul 11.20 pagi dengan kesan kecederaan pada badan dan kepala.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, mangsa ditemui di bawah timbunan di lokasi Sektor C.

Katanya, lokasi tersebut adalah di kawasan terowong berhampiran jalan besar dan sejurus ditemui kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan di lokasi berkenaan.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan mangsa kedua ini maka operasi pencarian akan ditamatkan pada pukul 1 tengah hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimana pun kata Muhamad Shahrizal, pihaknya tidak dapat mengesahkan identiti mangsa yang hanya boleh ditentukan selepas bedah siasat di jabatan forensik serta pengecaman waris.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI