fbpx

‘Aku tak akan maafkan siapa kata aku mandul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar luahan seorang wanita yang kecewa dengan tuduhan sesetengah individu mengatakan dirinya mandul

PETALING JAYA – “Dengan kata-kata kau itu, aku tak akan maafkan kau dunia dan akhirat, kau ingat ya”.

Demikianlah pesanan ‘tegas’ oleh seorang wanita bernama Ziela kepada sesetengah individu yang sering melemparkan kata fitnah terhadapnya dengan mengatakan dirinya mandul kerana masih tidak mempunyai cahaya mata.

Terdahulu, Ziela berkongsi perasaannya yang sedih kerana sebanyak tiga kali janinnya pernah dimakan oleh makhluk halus dipercayai jin sehingga menggagalkan impiannya untuk bergelar seorang ibu.

Namun, perkongsiannya itu telah mendapat beberapa kecaman daripada individu lain yang mengatakan dia sebenarnya mandul sebab itu bermasalah untuk mengandung.

“Apa benda lah salahkan jin, tak mengandung salahkan jin, kalau dah mandul, terima sahaja,” komen seorang pengguna.

Kata-kata tersebut sangat mengguris hati dan perasaan wanita terbabit dan dia mengingatkan individu tersebut bahawa setiap kata-katanya itu tidak akan dimaafkan.

“Kau siapa nak kata aku mandul, kalau tak tahu apa-apa, baik kau diam,” balas Ziela.

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai tetap meninggalkan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan agar terus berusaha dan berdoa.

“Jangan risau, selagi kita ada rahim, kita boleh mengandung, itu pesanan doktor saya, saya pun ada masalah sukar hamil walaupun dah buat ujian kesuburan,” ujar Rohaila.

“Kita cuma percaya Allah itu ada, kawan saya hilang satu rahim, tapi lepas lima tahun Allah bagi dia rezeki anak, sabarlah,” pesan seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI