fbpx

Cuaca baik di Semenanjung hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca yang baik di kebanyakan negeri di Semenanjung ketika ini dijangka berterusan sehingga ke petang.

Bagaimanapun, menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di YouTube sebentar tadi memaklumkan hujan lebat dan ribut petir berpotensi melanda beberapa kawasan pada bahagian selatan dan timur Semenanjung menjelang petang nanti.

Sementara itu, keadaan cuaca di kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak pada ketika ini masih dalam keadaan baik dan cerah.

“Tetapi hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku di satu dua tempat sekitar perairan negeri Sarawak dan akan kembali reda tidak lama lagi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI