fbpx

Kaji kaedah baharu rawatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi semasa hadir pada Mesyuarat PIBG Sekolah SMK Abu Bakar Al Baqir di Bagan Serai pagi tadi.

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji sebarang dapatan baru rawatan Covid-19 secara menyeluruh sebelum dilaksanakan di negara ini.

Ini termasuklah keberkesanan vaksin NawsonVacc yang dibangunkan oleh seorang doktor dari India, Dr Alfred John Prem Raj.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, vaksin tersebut dikatakan mampu menghilangkan simpton Covid-19 dengan satu sesi semburan.

“Kita ada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Farmasi dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) yang akan mengkaji sebarang teknik atau kaedah rawatan berkaitan Covid-19.

“Justeru sebarang keputusan sama ada untuk membawa masuk atau membuat vaksin itu akan melalui kajian yang rapi sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al Baqir di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azmi berkata, kementerian tidak bercadang melanjutkan tempoh vaksinasi bagi kanak-kanak (PICKids) yang berakhir penghujung bulan ini.

Jelasnya, kementerian telah memberikan masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI