fbpx

Empat didakwa seleweng diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis yang diserbu KPDNHEP di Jenjarom, Kuala Langat, Selasa lalu.

SHAH ALAM – Tindakan empat lelaki termasuk dua warga asing terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi memakan diri apabila dihadapkan ke mahkamah semalam.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 40 tahun itu didakwa selepas dicekup Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor di sebuah premis di Jenjarom, Kuala Langat, Selasa lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil serbuan menemukan dua lori dan kegiatan pemunggahan minyak diesel di kawasan kelapa sawit disyaki tersebut.

“Dua lelaki warga Bangladesh dipercayai pekerja atau penjaga premis dan dua lelaki warga tempatan yang memandu lori itu turut ditahan untuk siasatan.

“Jumlah minyak diesel yang disita adalah sebanyak 8,355 liter selain beberapa peralatan dan dokumen. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM198,330,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang untuk pertuduhan ke atas empat lelaki tersebut.

“Dua lelaki tempatan tidak mengaku bersalah dan dilepaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

“Manakala, dua warga asing ditahan kerana tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalan diri,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI