fbpx

MN tinggal nyawa-nyawa ikan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika hadir ke jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar malam tadi.

SABAK BERNAM – UMNO menyifatkan Muafakat Nasional (MN) menerusi kerjasama parti itu dengan Pas diibaratkan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal masa depan MN sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

“Hasil perbincangan itu nanti mungkin dibawa kedua-dua parti untuk kita putuskan,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar, malam tadi.

Mengulas mengenai terdapat menteri kabinet yang turun di beberapa kawasan tertentu berkemungkinan mengintai peluang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut terpulang kepada pemimpin terbabit.

Pada masa sama, beliau menjelaskan senarai calon bagi menghadapi PRU15 belum diputuskan lagi -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI