fbpx

1,000 ekor ayam dijual pada Program Jualan Prihatin Rakyat Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menjual sebanyak 1,000 ekor ayam pada Program Jualan Prihatin Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, hari ini.

Pengurus Jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Izzul Fadhli Hamzah, program berkenaan akan bermula pukul 10 pagi ini hingga pukul 1 tengah hari ini di kawasan padang berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Sultan Sulaiman.

Katanya, harga ayam ditetapkan pada harga RM13 seekor dan selain itu, turut daging dan telur dengan harga berpatutan.

“Daging pejal segar kita pasarkan dengan harga RM32 sekilogram manakala satu papan telur kita jual dengan harga RM12,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor yang bermula awal tahun ini diwujudkan bagi membantu mengurangkan tekanan dan beban kewangan rakyat yang terkesan susulan kenaikan harga barang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI