fbpx

Remaja dapat lebih RM1 juta jual but vintaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILL Amis (kiri) menjual but vintaj kepada bintang-bintang bola sepak. - Will Amis / SWNS

LONDON – Seorang remaja di daerah Eltham, tenggara London memperoleh pendapatan lumayan mencecah a £200,000 (RM1.09 juta) setahun dengan menjual kasut but vintaj kepada bintang-bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Will Amis, 18, menjalankan perniagaannya ketika masih di bangku sekolah. Dia telah menjual kasut but klasik kepada pemain-pemain daripada kelab bola sepak Chelsea, Arsenal, West Ham dan Manchester United.

Pelanggannya termasuk bintang bola sepak England iaitu Declan Rice, Ainsely Maitland-Niles daripada kelab Arsenal dan juga bekas kapten England, John Terry. 

Amis juga pernah menjual kasut but kepada pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira yang kini dipinjamkan kepada kelab Brazil, Flamengo serta Lyle Taylor dari Nottinghm Forest dan pemain muda West Ham berusia 20 tahun, Dan Carters yang merupakan kawan rapatnya sendiri.

Amis melancarkan perniagaan butnya yang dipanggil Classic Collection pada Ogos tahun lalu dan mempunyai kedai di Pusat Beli-belah Lewisham.

Menurut Amis, hobinya ketika membesar adalah mencari dan mengumpul but klasik yang kemudiannya menjadi pekerjaan sepenuh masa. 

Remaja itu berkata, dia lebih berminat menceburi perniagaan berkaitan bola sepak berbanding menyambung pelajarannya. 

Bagi kes pesanan dalam kuantiti yang banyak, Amis sendiri akan menghantar kasut but kepada pelanggannya termasuk kepada pemain Manchester United, Andreas Pereira.

Katanya, pemain tengah itu menghantar mesej kepadanya pada waktu tengah malam dan Amis kemudian menghantar pesanan di rumahnya pada pukul 11 pagi keesokan harinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI