fbpx

AS akan perangkap, simpan CO2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah loji memerangkap CO2 di Copenhagen, Denmark. - AFP

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dana AS$3.5 bilion (RM15.3 bilion) kelmarin untuk projek memerangkap karbon dioksida (CO2) secara terus dari udara menerusi teknologi baharu sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah perubahan iklim.

Jabatan Tenaga AS menyatakan, wang tersebut bagi membiayai beberapa program utama termasuk projek memerangkap CO2 dari udara dan membina kilang-kilang untuk menyimpannya.

Dana itu juga merupakan sebahagian daripada pelan infrastruktur mega bernilai AS$1.3 trilion (RM5.7 trillion) yang ditandatangani Presiden Joe Biden pada 2021.

Dalam laporan asasnya sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa dunia perlu memerangkap dan menyimpan CO2 dari udara dan laut tanpa mengira sejauh mana kejayaan negara-negara dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Walaupun langkah itu dianggap tidak menyeluruh atau cubaan industri untuk mengelak daripada mengurangkan pengeluaran karbon, namun menurut Panel Menangani Perubahan Iklim Antara Kerajaan, ia penting dan perlu dilaksanakan sekarang.

Kaedah memerangkap CO2 di udara dan menyimpannya adalah langkah terbaharu dalam mengurangkan pengeluaran karbon, namun keberkesanannya dalam projek berskala besar masih perlu dibuktikan.

Empat projek utama yang dirancang oleh Jabatan Tenaga adalah  bagi memerangkap dan menyimpan sekurang-kurangnya satu juta tan CO2 setahun.

Pada awal bulan ini, pentadbiran AS telah mengumumkan bahawa ia merancang untuk membiayai projek penyimpanan CO2 bernilai AS$2.25 bilion (RM9.8 bilion)

Syarikat minyak gergasi AS, ExxonMobil dan Chevron turut menumpukan kepada teknologi untuk memerangkap dan menyimpan CO2 sebagai usaha untuk mengurangkan impak industri minyak terhadap alam sekitar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI