MADISON – Seorang lelaki di Fond du Lac, negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) mencipta rekod dunia tersendiri apabila memakan hidangan burger Big Mac daripada rangkaian restoran makanan segera McDonald’s hampir setiap hari selama 50 tahun.
Don Gorske, 68, yang merupakan seorang pesara pengawal penjara, setakat ini telah memakan lebih 32,000 burger Big Mac sejak pertama kali menikmati hidangan tersebut pada tahun 1972.
“Meskipun sudah memakan Big Mac lebih 30,000 kali, namun setiap kali saya menikmatinya, ia terasa seperti kali pertama.
“Big Mac sangat sedap bagi saya sehingga saya tidak kisah jika tiada makanan lain,” ujar Gorske.
Dia hanya mampu bertahan lapan hari untuk tidak memakanan hidangan kesayangannya itu iaitu ketika restoran McDonald’s di kawasan rumahnya ditutup akibat ribut salji pada 1982 dan pada hari kematian ibunya sebagai tanda penghormatan.
Cawangan kegemaran Don ialah McDonald’s di bandarnya tetapi mendakwa telah menikmati Big Mac di semua 50 negeri di AS dan Kanada.
Dia juga pernah dibawakan burger dari negara lain oleh rakan dan keluarga.
Gorske mempunyai dua kabinet khas yang memaparkan pencapaiannya bersama Big Mac termasuk pengiktirafan Guinness World Record kali pertama dalam kategori memakan 15,490 burger itu pada 1999. – Agensi