fbpx

Wanita bawa kekasih minta izin suami tenat untuk berkahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita (berdiri) dan kekasih berdiri sambil memandang suaminya yang terbaring ketika datang memaklumkan mahu berkahwin lain. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Palembang, Sumatera Selatan menjadi tular apabila tergamak meminta izin berkahwin dengan kekasih gelap kerana suaminya sedang sakit tenat, lapor laman Wolipop semalam.

Rakaman video wanita itu meminta agar suaminya yang sedang terbaring di dalam rumah mereka dimuat naik oleh anak pasangan tersebut, Sehen Ki Agoeng di laman TikTok.

Wanita itu mengajak teman lelaki ke rumah untuk memberitahu suaminya bahawa dia ingin berkahwin lain.

Dalam video yang tular itu, si isteri dan lelaki simpanannya hanya berdiri acuh tak acuh sambil melihat keadaan suami yang terbaring lesu.

“Selepas ibu menyampaikan pesanan terakhir kepada ayah, dia meminta izin untuk keluar rumah,” tulis kapsyen video.

Sementara itu, anak pasangan itu memaklumkan bahawa bapanya sudah reda ditinggalkan isteri meskipun dengan cara kejam seperti itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI