fbpx

‘Kami susah, tapi tak sesekali abaikan Norshami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraziza (kanan) dan Norshami (tengah) ketika dikunjungi seorang aktivis sosial di rumahnya di Flat Taman Perepat Indah, Klang baru-baru ini.

KLANG – Kesempitan hidup sedikitpun tidak menjadi penghalang buat sepasang suami isteri untuk menjaga dan me­ngurus anak istimewa mereka di sebuah rumah di Flat Taman Perepat Indah di sini.

Dengan pendapatan tidak menentu sebagai pekerja buruh, Khairi Kadir, 48, dan isterinya, Noraziza Che Mee, 46, tetap menyediakan segala keperluan buat Norshami Rawani Khairi, 25.

Kata Noraziza, anak sulungnya itu dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran selain sukar untuk bertutur dengan sempurna se­perti orang lain.

Katanya, lebih menyedihkan apabila Norshami turut dikesan menghidap penyakit jantung se­awal usia enam bulan.

“Dia (Norshami) memahami setiap yang kita katakan, tetapi dia tidak boleh bertutur dengan lancar.

“Walaupun disahkan OKU, saya tidak pernah membezakannya seperti empat adiknya yang lain,” kata Noraziz ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini selepas menerima kunjungan aktivis sosial, Muhammad Alif Syamrin Abdullah.

Noraziza berkata, Norshami hanya bersekolah di pendidikan khas peringkat rendah di Kedah sebelum keluarganya berpindah ke Selangor lebih 10 tahun lalu.

Jelasnya, suaminya sebelum ini mempunyai pendapatan tetap kira-kira RM2,000 sebulan sebagai petani sebelum terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Saya juga pernah berniaga kuih, namun sejak setahun lalu terpaksa menghentikannya ekoran masalah kesihatan.

“Saya mempunyai seramai lima orang anak dengan seorang telah berkahwin, seorang lagi baharu bekerja dan dua masih bersekolah,” katanya.

Tambah wanita itu, dia me­nerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 untuk kos lampin pakai buang dan makanan tambahan untuk keperluan Norshami.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Noraziza di talian 017-6792353 atau sumbangan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
12-010-02-508240-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI