fbpx

UPSI bantu 3,150 pelajar SPM di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program Persekolahan Pintar dari Rumah (UPSI Smart Home Schooling) bagi memartabatkan mutu pendidikan di negeri ini.

Program berkenaan melibatkan seramai 3,150 pelajar dari 23 sekolah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 serta 1,800 murid Orang Asli melibatkan daerah Muallim, Batang Padang, Kampar, Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar.

Naib Canselor UPSI ,Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, program empowerNCER-akademik@Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Kerajaan Negeri itu turut membantu seramai 2,750 pelajar SPM dari kategori B40.

“Pelajar-pelajar ini dibantu dari segi pencapaian akademik dan keinsanan mereka melalui lebih 200 program khas yang disusun bersama UPSI dan JPN Perak.

“Saya juga berbangga dengan kejayaan program tuisyen secara dalam talian yang dilaksanakan selama lebih 810 jam oleh Guru Bitara yang terdiri daripada guru-guru cemerlang seluruh negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Sumber Manusia Negeri Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, UPSI juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menjayakan Program KPT-CAP Gradpreneur@Perak.

“Peruntukan sebanyak RM1,038,800 dijangka dapat memberi manfaat kepada 500 anak negeri Perak yang ingin menceburi bidang keusahawanan melalui pemberian pinjaman Mikro Kredit dan latihan keusahawanan bersijil.

“UPSI juga menubuhkan Pusat Penyelidikan Pedagogi dan Inovasi (CPRI) dalam memperkenalkan inovasi pedagogi terkini dan seterusnya yang akan menjadi think tank dalam polisi-polisi pendidikan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI