fbpx

Bantu polis jejaki Abd Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Ghani hilang sejak tahun 2011.

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tahun 2011.

Mangsa, Abd. Ghani Awang, 55, dilihat kali terakhir meninggalkan rumahnya di Blok E 202, Pangsapuri Suria Damansara Damai di sini pada 5 September 2011.

Jurucakap Balai Polis Sea Park berkata, berdasarkan laporan, pengadu rumah ditinggalkan kosong selain barang peribadi milik mangsa tidak ditemui.

“Operasi pencarian mangsa di lokasi kerap dikunjungi termasuk tempat kerjanya sudah dilakukan, namun tiada petunjuk positif,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Abd. Ghani boleh menghubungi Ketua Balai Polis Sea Park, Inspektor Mohd. Sharul Bakhri di talian 012 363 0512 atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Zamri Khamis di talian 013 758 7222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI