fbpx

Bukan hanya budak, orang tua juga boleh diberi duit raya – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus

PETALING JAYA – Dalam adat memberi duit raya, bukan hanya golongan kanak-kanak sahaja yang menerimanya, malah orang tua juga patut diberi.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemberian duit raya ini perlu dianggap sebagai memberi hadiah dan hukumnya adalah harus pada syarak.

“Bukan hanya kanak-kanak, orang tua juga patut diberi, tapi perlu dianggap hadiah, yang salahnya apabila tuan rumah yang mengharapkan hadiah.

“Sebagai contoh, tuan rumah adakan kenduri dan dia mengharapkan hadiah daripada tetamu, maka hanguslah pahala tuan rumah itu, ” jelasnya dalam satu video ceramahnya baru-baru ini.

Tambah Azhar, umum kata nabi Muhammad, saling beri hadiah maka saling berkasih sayang.

“Jika dulu orang-orang tua kita mereka akan beri hadiah, jika tanam buah maka mereka beri buah, kalau jual kain mereka akan beri hadiah kain.

“Dunia semakin moden dan adanya sistem wang, jadi diganti dengan wang. Anggaplah beri duit raya itu sebagai hadiah, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI