fbpx

Sektor pelancongan terus rancak sejak 1 Mei lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tiga dari kiri) sedang membantu memasak gulai kawah pada program Rewang Raya di Masjid Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kejatuhan ringgit pada masa ini tidak memberi kesan terhadap sektor pelancongan yang dilihat terus rancak sejak peralihan fasa endemik mulai 1 Mei lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, minat pelancong domestik untuk melancong masih lagi tinggi di sebalik rungutan ramai tentang kenaikan harga barang.

Beliau berkata, kelonggaran prosedur operasi standard (S0P) diumumkan kerajaan sejak awal bulan ini juga telah menarik lebih ramai pelancong asing untuk berkunjung ke negara ini.

“Barangkali mereka sudah lama diasingkan dari negara luar dan bergerak (melancong). Setakat ini, tidak nampak lagi kesan negatif daripada kejatuhan ringgit kepada sektor pelancongan.

“(Bilik) hotel juga penuh pada masa ini. Kita juga memberi subsidi baucar hotel, pengangkutan, spa bagi mengurangkan beban dan menggalakkan pelancong domestik untuk terus bergerak (melancong),”
katanya ketika ditemui ketika menghadiri program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.

Begitupun, Nancy menasihatkan pengusaha pelancongan tidak mengambil kesempatan dengan kehadiran ramai pelancong dan situasi ekonomi semasa tersebut untuk meningkatkan harga perkhidmatan.

“Kita sepatutnya tolong-menolong untuk memajukan ekonomi Malaysia. Sekira kita mengetatkan (menyukarkan) peluang orang lain untuk bercuti, kita sebenarnya telah mengetatkan sendiri rezeki kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI