fbpx

RUU Sumbangan Politik perlu dikaji secara terperinci – Hamzah Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan perkhidmatan Rawatan Pemulihan Mudah Alih di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (RMT AADK) di sini hari ini.

KAJANG – Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik perlu dikaji secara terperinci bagi memastikan undang-undang yang dicadangkan itu berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kajian tersebut adalah penting untuk mengelakkan sebarang ‘flip-flop’ atau masalah dalam melaksanakan undang-undang baru itu.

“Semalam semasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), kita bincang (RUU Sumbangan Politik) dan mekanisme atau kaedah ini perlu dikaji secara mendalam.

“Ini adalah bagi memastikan undang-undang itu dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan perkhidmatan Rawatan Pemulihan Mudah Alih di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (RMT AADK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, meskipun dasar tersebut merupakan satu usaha yang baik, namun butirannya perlu diberikan kepada pihak tertentu untuk dikaji.

“Ia bukan sahaja melibatkan agensi tetapi juga mereka yang berpengalaman dan pernah berlatih di luar negara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa JKKMAR bersetuju berhubung cadangan pelaksanaan RUU Sumbangan Politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI