fbpx

Wawa Zainal tak malu pernah hidup susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA ZAINAL

PETALING JAYA – Bukan senang hendak senang. Itu perumpamaan paling cocok buat pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dalam usaha mengubah nasib diri serta ahli keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.

Dedah Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, dia tidak pernah malu mengakui dirinya bukan dilahirkan daripada keluarga berada dan memiliki ramai adik-beradik.

“Saya bukan lahir daripada golongan keluarga yang berada mahupun sederhana. Keluarga saya sangat susah, saya ada adik-beradik seramai 23 orang.

“Ramai orang tak tahu tentang itu. Bagi kami, kalau dapat makan lauk ayam tu dah dikira sangat istimewa. Telur sebiji pun kadang-kadang kongsi dua tiga orang.

“Saya pernah berada di tahap terdesak dan susah seperti itu. Dari situ, saya beriltizam untuk ubah hidup dan bantu keluarga,” kongsinya dalam TikTok.

Tambah pelakon drama Patahnya Sayap Malam itu, dek kesusahan yang menghimpit keluarga, dia nekad untuk mencuba nasib menjadi pelakon sebelum diterima sebuah produksi.

“Habis sahaja tingkatan lima dan tamat peperiksaan, saya hantar gambar kepada satu produksi. Alhamdulillah diterima kemudian saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergelar pelakon.

“Dari situlah perjalanan hidup saya bermula. Dari situ jugalah saya berjanji untuk bantu keluarga kerana kami sudah puas hidup susah,” katanya.

Terdahulu, perkongsian kisah sayu tersebut menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya memuji kehebatan ibu kepada empat cahaya mata itu dalam mencari peluang berjaya dalam hidup.

“Allah pilih kamu jadi senang untuk bantu 22 adik-beradik yang lain. Terus merendah diri Wawa dan moga berjaya dunia akhirat.

“Satu perkara yang aku suka tentang Wawa ini dia tidak pernah lupa dari mana asal usul walaupun sudah berjaya ketika ini,” tulis netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI