fbpx

Pemandu lori cedera rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Bukit Taga awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori warga tempatan cedera selepas merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Bukit Taga awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.14 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentosa bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, pemandu lori ‘car carrier’ berusia 38 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam dan didapati cedera pada bahagian kepala.

Norazam Khamis memberitahu, pihaknya telah memberi rawatan awal sebelum menyerahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan susulan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori yang membawa kereta jenis Volvo berkenaan telah merempuh sebuah treler menyebabkan sebuah daripada tiga kereta telah tercampak keluar.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI