fbpx

Jakoa masih cakna kebajikan Orang Asli diancam harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli yang hadir pada Majlis Hari Raya Jakoa di Pejabat Jakoa RPS Kuala Betis, Gua Musang hari ini. - FOTO: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tetap menjaga kebajikan 700 keluarga masyarakat Orang Asli di tiga buah pos penempatan di sini yang masih ketakutan ekoran serangan harimau belang sejak enam bulan lalu.

Pegawai Jakoa Gua Musang, Azman Ngadiron berkata, selain Jakoa pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) turut bekerjasama menjaga kebajikan penduduk Orang Asli terjejas yang tinggal di Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Belatim.

Katanya, setakat ini, sumbangan bakul makanan telah disalurkan oleh Jakoa kepada keluarga Orang Asli sebanyak lapan kali.

“Ancaman harimau belang yang bermula pada bulan Disember tahun lalu masih berlanjutan sehingga sekarang. Operasi yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih belum ditamatkan.

“Kita melihat risiko keselamatan penduduk masih lagi ada meskipun kehadiran pak belang ke kawasan penempatan dilihat berkurangan. Penduduk atau agensi terlibat tidak boleh mengambil ringan perkara ini dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Hari Raya Jakoa di Pejabat Jakoa Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini hari ini.

Terdahulu, kebimbangan masyarakat Orang Asli di Pos Bihai di sini masih belum berakhir apabila harimau belang yang didakwa bebas berkeliaran di kawasan perkampungan mereka sehingga kini masih gagal masuk perangkap.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang Ielaki Orang Asli, Anek Along, 59, ditemui mati selepas dipercayai dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai. Kejadian itu berlaku ketika sambutan perayaan menuai padi dan menangkap ikan sungai masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di kawasan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI