fbpx

Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar Politeknik Nerlimau, Mohd. Naufal Amjad, 19, maut dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang pelajar Politeknik Merlimau maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa, Mohd. Naufal Amjad, 19, yang merupakan pelajar Politeknik Merlimau menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Selatan menuju ke Utara.

“Setakat ini, terdapat seorang saksi bebas yang mungkin dapat membantu siasatan lanjut bagi mengesan kenderan lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, kerjasama daripada orang ramai amatlah dialukan jika ada yang menyaksikan kejadian atau ada merakamkan kejadian kemalangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, bentuk jalan di lokasi kemalangan adalah jalan lurus yang mempunyai tiga lorong sehala dan tiada lampu jalan. Keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering.

“Mangsa beralamat di Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI