PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 2,124 kes dengan satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,485,419 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,303 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,419,997 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (892 kes), Kuala Lumpur (411 kes), Perak (125 kes), Pulau Pinang (114 kes), Melaka (111 kes), Negeri Sembilan (98 kes), Kedah (70 kes), Johor (62 kes), Sarawak (58 kes) dan Sabah (56 kes).
“Seterusnya, Putrajaya (46 kes), Pahang (40 kes), Kelantan (17 kes), Terengganu (11 kes), Labuan (tujuh kes) dan Perlis (enam kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,633 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,550 kes.
Sebanyak 29,789 kes aktif dilaporkan melibatkan 28,569 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,165 kes di hospital, 13 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE