fbpx

Rumah jadi stor simpan pakaian tiruan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Perak memeriksa barangan tiruan jenama terkenal yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Chempaka, Ipoh semalam.- FOTO: IHSAN KPDNHEP PERAK

IPOH – Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah rumah di Taman Cempaka di sini yang dijadikan stor menyimpan barangan tiruan berjenama terkenal semalam.

Serbuan pada pukul 12 pagi itu hasil maklumat risikan dengan kerjasama wakil dan syarikat cap dagang.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an mengaku sebagai pemilik premis dan telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Katanya, pemeriksaan menemui 1,147 helai pakaian iaitu seluar dan beg berjenama terkenal pelbagai saiz dan warna dianggarkan bernilai RM34,410.

“Kesemua barang yang disita tersebut disimpan di stor ekshibit KPDNHEP Perak untuk siasatan lanjut.

“Lelaki tersebut telah ditahan sementara untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu memiliki, menjaga atau dalam kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang dengan cap dagangan berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI