fbpx

Azeem tekad bangkit di Kemboja selepas kecewa di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM tekad mahu bangkit melakukan larian terbaik 100m pada temasya Sukan SEA di Kemboja pada tahun depan.

HANOI – Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi bertekad untuk melupakan segera insiden kegagalan acara saringan 100 meter (m) di Sukan SEA Vietnam, sekali gus tekad bangkit semula di temasya sama tahun depan di Kemboja.

Menurut pelari berusia 18 tahun itu, apa yang berlaku dalam saringan 100 meter (m) kelmarin biarlah menjadi pe­ngajaran dan tidak mengganggu persiapannya untuk menggegar 2023 Sukan SEA Kemboja.

“Saya boleh tidur semalam, cuma benda ini sudah terjadi. ­Biarlah ia menjadi pengajaran dan pengalaman serta iktibar buat saya,” kata Azeem semalam.

Dia yang membantu kuartet 4x100m lelaki meraih perak dan memecahkan rekod kebangsaan, mengakui sempat untuk melihat aksi final 100m walaupun ketika itu berada dalam keadaan kecewa.

“Saya sebenarnya berada dalam keadaan terbaik dan jika ada rezeki, mampu untuk bersaing di kedudukan tiga teratas sekiranya berjaya melayakkan diri ke saingan akhir.

“Bagaimanapun, belum ada rezeki. Selepas ini di Kemboja, saya akan kembali semula ke­rana masih ada ruang dan masa untuk saya memperbaikinya,” kata pelari yang terkenal dengan gelaran’Usain Bolt Malaysia’ itu.

Dalam pada itu, Azeem berazam memperbaiki teknik lariannya selepas mengakui banyak lagi kejohanan besar akan ditempuhnya termasuk Kejohanan Remaja Dunia dan saingan 4x100m lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham.

“Semua itu akan membolehkan saya melakukan persiapan dan mematangkan saya, cuma kali ini memang tidak ada rezeki buat saya,” tambahnya.

Pada acara 100m tersebut, pelari Thailand yang baru berusia 16 tahun, Puripol Boonsoon ditabalkan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu apabila mencatat masa 10.44 saat bagi memenangi pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA kali ini.

Perak menjadi milik seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih, Marc Brian Louis dari Singapura.

Manakala, atlet negara, Muhammad Arsyad Md. Saad terpaksa berpuas hati menamatkan larian pada tempat keenam selepas mengalami kecederaan sejak semalam selepas membantu kuartet 4x100m negara meraih perak serta memecahkan rekod kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI