fbpx

Surat tawaran kumpulan kedua jemaah haji dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad (dua dari kanan)ketika menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri JPKK Mukim Trong di Dewan Penghulu Trong, Bukit Gantang hari ini.- FOTO Wat Kamal Abas

BUKIT GANTANG – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji musim 2022 pada 10 Mei lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia dibuat sebaik sahaja tawaran panggilan pertama ditutup sehari sebelumnya iaitu pada 9 Mei.

“Pemilihan jemaah untuk panggilan kedua mengikut prinsip yang dahulu didahulukan sebagaimana panggilan jemaah yang pertama.

“Jumlah yang tepat saya kurang pasti, namun ada antaranya yang ditolak pada panggilan pertama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Penghulu Trong di sini

Menurutnya lagi sebanyak 14,306 surat tawaran tunai haji dikeluarkan TH melalui beberapa platform kepada bakal jemaah bagi musim 2022.

Beliau menegaskan berikutan kesuntukan masa, semua bakal haji dimohon menjawab segera sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran sepertimana tempoh yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI