fbpx

Kekosongan sektor pelancongan, perhotelan akan diisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang menyampaikan duit raya kepada pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pendang dan DUN Tokai di Kampung Gajah Mati di Pendang, hari ini.

PENDANG – Kementerian Sumber Manusia melalui jawatan kuasa khasnya menggerakkan program temu duga di seluruh negara sebagai langkah segera untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor pelancongan dan perhotelan terutama di Pulau Langkawi.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, program tersebut bermula sejak awal Mei lalu di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan agensi di bawah kementeriannya dan pemain industri terlibat.

“Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya kini giat menjalankan temu duga di Sabah dan Sarawak untuk ambil pekerja di sektor pelancongan dan perhotelan di Langkawi.

“Kita tumpukan di Sabah dan Sarawak secara agresif untuk isi kekosongan dalam sektor ini untuk kurangkan pekerja asing dalam sektor pelancongan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai di Kampung Gajah Mati di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya akan memastikan agensi terlibat di bawah kementerian mengadakan temu duga secara lebih kerap serta pantas untuk mengambil anak muda dari Sabah dan Sarawak bekerja dalam bidang tersebut.

Tambahnya, program berkenaan yang dijalankan segala agresif diyakini mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja selain mengurangkan kebergantungan pekerja warga asing dalam sektor terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI