fbpx

Wanita terima skrol diploma di hospital selepas selamat bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sayles memangku anaknya ketika menerima skrol diploma dalam sesi konvokesyen mini yang diadakan di hospital oleh pihak universiti. - Twitter

NEW ORLEANS, Louisiana – Seorang wanita berpeluang menikmati saat-saat istimewa menerima skrol diploma apabila ia dilakukan di hospital sejurus dia selamat melahirkan anak, lapor laman berita India Today, semalam.

Jada Sayles, dari negeri Louisiana, Amerika Syarikat sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada 14 Mei lalu, namun dia dimasukkan ke hospital pada 13 Mei kerana sudah mengalami tanda-tanda mahu bersalin.

Presiden Universiti Dillard, Dr. Walter M. Kimbrough mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada pelajar itu dengan membawa skrol diploma dan jubah graduasi Sayles ke hospital.

“Saya menerima teks pesanan daripada Sayles pada 13 Mei yang menyatakan dia sudah dimasukkan ke hospital untuk bersalin dan dimaklumkan bayi lahir pada 14 Mei, tarikh konvokesyen sepatutnya berlangsung.

“Saya tidak mahu Sayles terlepas momen graduasi, maka pihak universiti mengunjunginya di hospital untuk mengadakan sesi penyerahan skrol istimewa,” kata Kimbrough. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI