PETALING JAYA – Keadaan kesihatan penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias dipercayai mengalami penyakit misteri menimbulkan pelbagai tanggapan dan reaksi.
Susulan itu, pelbagai spekulasi juga turut dilemparkan ke arahnnya berikutan sebuah gambar yang tular di media sosial.
Bagaimanapun, seorang jurusolek, Fatimah Ishak tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, gambar berkenaan diambil ketika dia sedang menyolek Ustaz Kazim Elias bagi pengambaran filem Zin Zin Ala Kazim baru-baru ini.
“Sebelum memulakan kerja, ustaz minta duduk di depan dia dan dia bacakan doa supaya saya selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem.
“Dia risau saya takut. Ustaz memang sakit, saya sendiri lihat keadaan kulit dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.
Fatimah berkata, dia berharap dan mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim Elias pulih seperti sedia kala.
“Semoga ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE