fbpx

3,000 bakal haji terima manfaat insentif Haji Muassasah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri memperkenalkan semula insentif Haji Muassasah Selangor yang akan memberikan manfaat kepada 3,000 bakal haji di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.5juta yang diurusetiakan oleh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran mereka.

Katanya, penerima insentif akan menerima sumbangan wang tunai dari kerajaan negeri sebanyak RM500 beserta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.

“Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula 23 Mei hingga 31 Ogos depan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

“Bakal jemaah haji yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI