fbpx

Sumpah setia Dini Schatzmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINI SCHATZMANN

KALAU ikutkan, ini kali kedua penulis berkesempatan bertemu bertentang mata dengan jejaka kacak diberi nama Dini Schatzmann.

Kali pertama sekitar setahun lebih sebelum itu ketika namanya sedang meledak naik menerusi beberapa drama mantap lakonannya.

Berbeza sedikit kali ini, Dini tampil bagi memenuhi jemputan penggambaran bagi edisi Aidilfitri.

AKUI Dini, mulanya dia cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna. Lama-kelamaan, perasaan sayang dan cinta yang berputik buat wanita itu menjadi semakin kuat.

Tidak hadir sendirian, kali ini ditemani kekasih hati, si ratu sensasi, Janna Nick yang turut dijemput HibGlam untuk dipotretkan foto bersama.

Tidak banyak yang dijanjikan Dini tetapi paling menarik perhatian adalah janji dan sumpah setia cintanya kepada Janna.

Berulang kali Dini mengakui, dia terlalu menyayangi dan menerima apa sahaja keadaan kekasih hatinya itu.

Katanya, menerima apa sahaja bukan bermaksud menerima diri Janna semata-mata, tetapi turut akan ada saat susah senang bersama.

DINI mengakui terlalu sayangkan Janna dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan bila-bila masa.

Korban, tiup semangat

Kata pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann, tidak sekadar mengungkap rasa cinta, dia juga bersedia menerima apa sahaja kemungkinan, lebih-lebih lagi berkaitan penyakit bipolar yang dihidapi Janna.

Sejujurnya bukan mudah untuk berdepan dengan individu yang mengalami gangguan mental, tetapi akui Dini, demi cinta yang tersimpul rapi, semua sanggup diharunginya.

Buktinya, selama lebih dua tahun mengenali hati budi dan menyulam cinta, dia tetap teguh bersama pelantun Gatal itu tanpa banyak onar.

Langsung tidak pernah sekali meninggalkan pujangga hatinya itu, malah Dini dilihat tetap bersama-sama meniup semangat buat wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berdepan apa sahaja tohmahan ramai.

PERIHAL kerjaya, Dini bersyukur pintu rezekinya masih tidak putus menyambut pelbagai tawaran lakonan.

Kisah sensasi dan kontroversi, dihina, dikecam dan terus menerus menjadi sasaran netizen melepaskan kemarahan sehingga emosinya terganggu, cinta Dini tetap di sisi Janna.

“Kalau ikutkan, hubungan cinta yang kami jalinkan selama dua tahun ini ada jalan cerita tersendiri.

“Apa yang saya belajar dalam tempoh ini, kita tidak akan faham apa yang berada dalam fikiran golongan yang mengalami masalah kesihatan mental.

“Awalnya, saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna, lama-kelamaan saya mula faham dan sebab itu rasa sayang dan cinta itu makin kuat.

“Saya kena ada dengan dia sampai bila-bila,” tutup Dini.

JEJAKA yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan bermula 2018 itu bersyukur dapat meluangkan masa selama dua minggu menyambut lebaran.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI