fbpx

Cuaca buruk di Selangor, Pahang dan Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramalkan melanda beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlarutan sehingga lewat petang nanti.

“Di Selangor ia melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, hujan lebat di Pahang dijangkakan tertumpu pada kawasan Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing dan Kulai,” katanya.

Sementara itu, keadaan sama turut diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Mukah (Matu dan Dalat) dan Limbang (Lawas).

Di Sabah pula, ia membabitkan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI