fbpx

Aksi debut tidak seperti diharapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNY sedikit kecewa apabila aksi debutnya gagal membantu United yang tewas kepada Palace. - AFP

MANCHESTER – Pemain baharu Manchester United, Donny Van De Beek mengakui sa­ngat kecewa ekoran kekalahan 1-3 pasukannya kepada Crystal Palace pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-66, Donny berjaya memberikan keterujaan kepada para penyokong United apabila meledak gol pertamanya bersama pasukan itu selepas 15 minit berada di padang.

Bagaimanapun, gol yang dilihat mampu mengobarkan semangat United selepas ke­tinggalan 0-2 sebelum itu tidak bertahan lama apabila Wilfred Zaha melebarkan jurang de­ngan gol ketiga untuk menutup malam sempurna Palace.

Justeru, Donny memberi amaran bahawa pasukannya perlu bangkit dan memperbaiki kesilapan sekiranya mahu me­raih kejayaan musim ini.

“Aksi pertama di sini sudah pasti saya mahukan kemena­ngan. Namun, ia amat mengecewakan kerana kami tewas 1-3 di tempat sendiri.

“Pada sesi latihan minggu lalu, kami berjaya melakukannya dengan baik menyebabkan saya sangat positif tetapi kali ini kami turun dengan corak permainan yang sangat perlahan.

“Kami terlalu lama meme­gang bola dan menentang pa­sukan seperti Palace, kami sepatutnya turun dengan aksi lebih pantas ,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI