fbpx

Beri alasan pasport tertinggal elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan imigresen di Pantai Chenang, Langkawi malam semalam.

LANGKAWI – Cubaan seorang lelaki warga Yaman untuk melarikan diri dengan memberi alasan mahu
mengambil pasport miliknya di dalam kereta gagal apabila dia ditahan dalam serbuan di premis perniagaan di sekitar Pantai Chenang di sini semalam.

Warga asing itu ditahan sepasukan penguat kuasa imigresen selepas dia didapati tidak mempunyai permit kerja untuk bekerja secara sah di negara ini dalam Op Gegar dan Op Selera kira-kira pukul 9 malam.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan) Kedah berkata, seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara iaitu Yaman, Myanmar, Bangladesh, Mesir, Syria, Thailand dan Pakistan ditahan dalam operasi tersebut.

“Mereka terdiri daripada 22 lelaki dan dua wanita berusia antara 16 hingga 43 tahun. Sebahagian daripada merupakan pekerja dan pelanggan premis di sepanjang pantai itu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI