fbpx

Hujan lebat di selatan dan Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dilaporkan melanda beberapa kawasan di bahagian Pantai Timur, Selatan Semenanjung dan Sarawak pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporannya di YouTube berkata, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga tengah hari nanti.

“Hujan lebat dilihat tertumpu di sekitar kawasan pendalaman di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Di sebelah selatan, ribut petir dilaporkan turut berlaku di sekitar Melaka serta tengah dan selatan Johor,” katanya.

Sementara itu, turut terlibat iaitu Kuching dan Sarikei di Sarawak manakala keadaan cuaca dilaporkan cerah bagi negeri Sabah.

Tambah MetMalaysia, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang perubahan cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI