fbpx

Lari tinggal 90 kotak ayam sejuk beku seludup dalam MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 90 kotak ayam sejuk beku yang dirampas di dalam sebuah MPV jenis Toyota Unser di Kampung Gebeng, Pasir Mas semalam.FOTO IHSAN PGA

PASIR MAS – Seorang penyeludup lari meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa 90 kotak ayam sejuk beku selepas kegiatannya itu dikesan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Gebeng di sini semalam.

Ayam sejuk beku bernilai RM13,500 itu dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi semasa anggota PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion 9 PGA, Deputi Superintendan Ismail Sidek berkata, anggota bertugas melihat sebuah MPV jenis Toyota Unser yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, pemandu MPV itu terus melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran dengan lokasi tersebut.

“Anggota bertugas cuba mengesan lelaki itu namun, suspek hilang tanpa jejak. Pemeriksaan di dalam MPV berkenaan telah membawa kepada penemuan 90 kota ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Kita tidak menolak kemungkinan ayam sejuk beku itu dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI