fbpx

Signature ambil alih kepentingan 23.67 peratus dalam Fiamma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Fiamma, Choo Hong (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengerusi Eksekutif Signature, Datuk Seri Chiau Beng Teik (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Signature International Berhad (Signature), pengeluar kabinet dapur terkemuka, mengumumkan cadangan  mengambil alih 23.67 peratus pegangan dalam syarikat tersenarai di Pasaran Utama, Fiamma Holdings Berhad (Fiamma) dengan jumlah pertimbangan tunai RM180 juta.

Usaha ini adalah untuk memanfaatkan daripada liputan meluas Fiamma di seluruh negara dalam rangkaian pengedaran dan perkhidmatan peralatan elektrik rumah serta dapur.

Perniagaan utama Fiamma dan anak syarikatnya adalah berhubung peralatan elektrik rumah dan dapur yang mana ia memiliki banyak jenama dalaman yang diyakini seperti Elba, Faber, Rubine, Tuscani dan Haustern.

Menurut maklumannya dalam Bursa Malaysia, Kumpulan telah memeterai Perjanjian Penjualan Saham Bersyarat (SSA) dengan pemegang saham utama Fiamma, iaitu Lim Choo Hong.

Perjanjian tersebut adalah  untuk memperoleh 120 juta saham biasa atau 23.67 peratus kepentingan ekuiti untuk pengambilan alih berdasarkan pertimbangan pembelian RM1.50 sesaham.

Mengulas mengenai langkah korporat tersebut, Pengarah Urusan Signature, Chiau Haw Choon berkata, cadangan pengambilalihan itu sejajar dengan objektif Kumpulan untuk memperoleh kepentingan strategik dalam syarikat yang menguntungkan dalam rantaian bekalan industri untuk pertumbuhan masa depan. 

“Kami telah memerhatikan prospek yang menarik dalam syarikat ini yang mana kami telah menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan untuk produknya akibat pandemik Covid-19. 

“Kesan daripada pelbagai sekatan pergerakan yang dikenakan telah membawa kepada perubahan dalam trend penggunaan perkakas rumah, apabila lebih ramai orang menghabiskan masa di dalam rumah, berusaha untuk meningkatkan kualiti gaya hidup mereka di rumah serta lebih berminat untuk memasak dan membakar. 

“Ini seterusnya mengakibatkan peningkatan dalam permintaan untuk produk isi rumah elektrik dan dengan itu meningkatkan jualan dalam segmen perdagangan dan perkhidmatan Fiamma,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI