PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 2,017 kes dengan empat kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,479,809 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,548 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,417,694 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (850 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Pulau Pinang (145 kes), Negeri Sembilan (129 kes), Perak (94 kes), Melaka (91 kes), Johor (63 kes) dan Kedah (64 kes).
“Seterusnya, Sarawak (51 kes), Sabah (42 kes), Putrajaya (39 kes), Pahang (26 kes), Terengganu (19 kes), Kelantan (13 kes), Labuan (lima kes) dan Perlis (tiga kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,630 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,548 kes.-KOSMO! ONLINE