IPOH – Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias memaklumkan akan mencari individu di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir kepada beliau seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, dia akan dibantu seorang sahabatnya dari Thailand yang tiba di negara ini sejak dua hari lalu.
“Kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali, yang orang jumpa gambar saya ditempat rawatan.
“Kita nak pujuk balik dia supaya buangkan sihir dia dan dengan izin Allah SWT tidaklah jadi sihir lagi,” katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook miliknya pagi ini.
Siarang langsung bertajuk Prank, Berlakon atau Real itu mendapat ditonton lebih 11,000 pelayar.
Ustaz Kazim yang diserang penyakit misteri berkata, pihaknya sanggup membayar individu yang digelar bomoh di Thailand tersebut agar menghentikan sihir kepadanya.
“Berapa ribu dia nak kita bayarlah. Cari duit bayar pada bomoh itu, nanti suruh dia tarik semula apa yang dia buat,” katanya.-KOSMO! ONLINE