fbpx

Politik wang bukan budaya parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( dua kiri) pada sidang akhbar hari ini.

SHAH ALAM – Calon Naib Presiden PKR, Datuk Amirudin Shari menegaskan politik wang dalam pemilihan parti tersebut bukan budaya parti.

Menurutnya, perbuatan tersebut sewajarnya dielakkan dalam usaha parti tersebut membentuk pasukan kepimpinan yang kuat untuk masa depan.

“Pelbagai pihak boleh membuat dakwaan berhubung perkara tersebut.

“Kita tidak mahu perkara tersebut menjadi budaya dalam parti,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) di Wisma PKPS hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli PKR membuat laporan polis semalam selepas mendakwa didatangi individu yang menawarkan ganjaran sekiranya memberi sokongan kepada salah seorang calon yang bertanding di cabang PKR Hulu Selangor.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, parti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Jawatankuasa Disiplin Parti akan menyiasat setiap aduan dan tindakan akan diambil setelah segala siasatan selesai,”katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI