fbpx

PKNS, UiTM pelihara Hutan Komuniti Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud (dua kiri) bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman menunjukkan dokumen yang ditandatangani di Shah Alam, hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memelihara Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) seluas 34.5 hektar yang dimiliki oleh PKNS.

Di bawah MoU berkenaan, Hutan Komuniti PKNS, yang terletak di Bandar Sierra Alam akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Kerjasama tersebut juga selari dengan aspirasi negara yang sedang dalam usaha untuk memenuhi sasaran pengurangan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, SACF merupakan pusat tumpuan pencinta alam sekitar yang digemari oleh semua peringkat umur.

“Menyedari kepelbagaian khazanah semula jadi ini dan peranannya dalam mengurangkan kemungkinan berlakunya perubahan iklim, kami terpanggil untuk terus memelihara dan memulihara keindahan khazanah ini selaras dengan usaha PKNS dalam menerima pakai amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk semua.

“Kami teruja memulakan kerjasama bersama UiTM dan berharap dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan industri untuk turut sama mengambil bahagian dalam kolaborasi serupa bagi mencari penyelesaian yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI