fbpx

Kelantan catat 945 kes HFMD minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak adalah golongan yang mudah dijangkiti HFMD. – gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 945 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu Epid ke-19 bermula 8 hingga 14 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes sebanyak 934 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hanya 241 kes dilaporkan.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes HFMD di Kelantan ketika ini adalah sebanyak 2,493 kes.

“Daripada jumlah kes HFMD yang dilaporkan, kebanyakannya merupakan kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun dengan sebanyak 73.8 peratus.

“Secara keseluruhan, 94.1 peratus daripada kes yang dilaporkan adalah berusia enam tahun dan ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaini, selain itu, sebanyak 18 kes wabak dilaporkan berlaku di taska dan pusat jagaan kanak-kanak sepanjang tahun ini.

Tambahnya, JKNK menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan kes HFMD di negeri ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI