fbpx

Kim Swee percaya pasukan tuan rumah lebih tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE percaya skuad tuan rumah, Vietnam lebih tertekan menjelang pertembungan dengan Malaysia pada aksi separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021 malam ini.

HANOI – Ketika kebanyakan pihak merasakan pertembungan dengan Vietnam pada Sukan SEA Vietnam 2021 merupakan laluan sukar buat skuad bawah 23 tahun (B-23) negara menempah tiket ke final, namun tidak bagi bekas pengendali pasukan itu, Datuk Ong Kim Swee.

Jelasnya, setiap pasukan yang layak ke separuh akhir memiliki peluang sama rata, malah kemaraan skuad ‘Harimau Muda’ tanpa tewas di peringkat Kumpulan B akan melonjakkan semangat pemain-pemain untuk turun berdepan tuan rumah pada aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, malam ini.

“Bila di peringkat kalah mati, bagi saya tiada mana-mana pasukan menjadi pilihan dan perkara paling positif adalah kita layak ke separuh akhir tanpa tewas.

“Faktor itu akan memberi keyakinan kepada semua pemain apabila turun berdepan Vietnam. Tentang tekanan saya rasa, pasukan tuan rumah ­(Vietnam) lebih tertekan berbanding kita apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Apa yang saya lihat stadium sentiasa dipenuhi penyokong setiap kali Malaysia bermain jadi saya tidak nampak ia menjadi musuh utama buat pemain, tetapi musuh utama mereka ketika ini adalah diri sendiri,” katanya semalam.

Ditanya mengenai perban­dingan tahap bola sepak pasukan negara dengan Vietnam pada temasya sukan dwitahunan edisi kali ini, Kim Swee menjelaskan, tiada perbezaan yang terlalu ketara.

“Dari segi level, saya tidak nampak jurang besar walaupun ada beberapa pemain Vietnam telah beraksi bersama pasukan senior tetapi perlu ingat dalam bola sepak mengharapkan kemampuan beberapa individu tidak mencukupi kerana ini merupakan sukan berpasukan.

“Kalau kita ban­ding pasukan mereka pada 2019 (Vietnam) lebih mantap tetapi kali ini saya nampak kita seimbang. Pemain-pemain kita juga memiliki minit permainan mencukupi dalam saingan Liga Malaysia, jadi itu juga beri kele­bihan kepada pasukan negara.

“Jika pemain menunjukkan kesungguhan dan semangat tinggi seperti pertembungan dengan Thailand, maka tidak mustahil akan ada kejutan,” ujarnya.

Skuad kendalian Brad Maloney membuka kempen Sukan SEA dengan garang apabila menjinakkan Thailand 2-1 dan meneruskan momentum kemenangan 3-1 ke atas Laos, namun dua keputusan seri 2-2 berdepan Singapura dan Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI