fbpx

Hilang kaki kanan pada Syawal ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Nor Hasida selepas menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes di HSNZ, Kuala Terengganu minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Jika sebelum ini, Nor Hasida Abd. Hamid, 41, mengambil upah membuat kuih bagi membantu pendapatan keluarga, namun kini dia tidak lagi berdaya untuk berbuat demikian.

Semuanya apabila kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga paras betis di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pada 3 Syawal lalu akibat diabetes.

Tidak terhenti di situ, satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan doktor yang merawatnya pada kaki yang sama sehingga paras paha beberapa hari lalu.

Nor Hasida yang menetap di Felda Keruak, Besut membe­ritahu, penyakit diabetes yang dideritai sejak dua tahun lalu semakin kronik pada bulan lepas.

“Saya mula rasai kesakitan pada kaki kanan awal Ramadan lalu sebelum pakar perubatan memaklumkan kuman sudah merebak hingga paras lulut.

“Demi kesihatan saya, doktor menyarankan kaki kanan itu perlu dipotong hingga paras betis pada hari raya ketiga,” katanya.

Tambah menyedihkan Nor Hasida, komplikasi akibat penya­kitnya semakin meruncing sehingga memaksa kaki kanannya itu dipotong lagi sehingga paras paha minggu lalu.

Oleh itu, luah ibu kepada tiga anak itu, masalah ke­sihatan dialaminya menyebabkan sam­butan Hari Raya Aidilfitri ahli keluarganya agak hambar.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan kuat suami, Mohamad Kamaruddin Mat Resat, 48, dan tiga anak berusia 10 hingga 21 tahun. Begitu pun, saya agak risau dengan perbelanjaan keluarga kami selepas ini.

“Ini kerana suami dan anak sulung saya, Mohamad Harris Ikhwan hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa,” luahnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional anaknya, Mohamad Harris Ikhwan 1100541000122971 atau menghubunginya di talian 013-3731891.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI