fbpx

Kekasih terjatuh ke dalam laut semasa tiru aksi Titanic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih ini terjatuh ke dalam laut selepas cuba melakukan aksi seperti dalam filem Titanic. – Newsflash

IZMIT, TURKI –  Sepasang kekasih terjatuh ke dalam laut semasa  cuba melakukan aksi ikonik dalam  filem Titanic yang digelar ‘King of the World’ di sebuah dermaga di Turki, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa, Furkan Ciftci ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Dermaga Izmit Marina dalam wilayah Kocaeli sekitar pukul 9.15 malam (waktu tempatan),  Ahad lalu.

Teman wanitanya, Mine Dinar bagaimanapun berjaya diselamatkan seorang pemancing yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurut Mine, dia dan teman lelakinya berada dalam keadaan mabuk ketika pergi memancing sebelum mendapat idea untuk meniru adegan filem Titanic.

Aksi ikonik Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet dalam filem Titanic. – Alamy

Pasangan itu turut melintas rantai kunci keselamatan yang dipasang di bahagian tepi jeti untuk bergambar sebelum terjatuh ke dalam laut.

Seorang pemancing yang menyaksikan kejadian itu bergegas ke arah mereka bagi membantu sebelum Mine berjaya mencapai hujung joran dan ditarik ke tempat selamat.

Furkan  bagaimanapun hilang di sebalik ombak sehingga memaksa perkhidmatan kecemasan dihubungi bagi mencari lelaki itu.

Operasi mencari melibatkan pasukan bomba dan unit penyelam sebelum mereka menemui mayat mangsa hampir dua jam kemudian.

Polis akan melakukan bedah siasat ke atas mayat Furkan, manakala insiden itu masih disiasat. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI