fbpx

Alia berputih mata bidik emas hatrik Sukan SEA Vietnam 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA SAZANA akur dengan meraih pingat perak selepas tewas dengan perbezaan satu mata kepada pesaing dari Singapura, Teh Xiu Hong. - SHIDDIEQIIN ZON

HANOI – Geram, itulah perasaan yang dirasai penembak kebangsaan, Alia Sazana Azahari selepas impiannya untuk melakar hatrik emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi berkecai.

Alia yang beraksi dalam acara kegemarannya, sports pistol 25 meter (m) wanita itu sekadar berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas dengan perbezaan satu mata oleh pesaing dari Singapura, Teh Xiu Hong.

Menurut atlet kelahiran Terengganu itu, dia mengakui sangat geram dengan aksi final kerana hanya satu mata menghalangnya untuk melakar hatrik dan menghadiahkan emas buat kontinjen negara.

 “Sudah tentu saya sangat geram dan saya tahu ia disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya dapat rasakan perkara itu. Lagi pun ada dua aksi shoot off sebelum itu menyebabkan masa saingan bertambah panjang,” katanya atlet berusia 30 tahun itu.

Alia mengakui dia sudah cuba sehabis baik dan akhirnya itu sahaja keputusan yang mampu diraihnya.

“Apa pun saya gembirq dengan keputusan ini selepas berdepan saat sukar ketika pandemik sebelum ini dan ini adalah kejohanan antarabangsa kedua saya (ketika pandemik Covid-19),” katanya.

Setakat ini skuad menembak negara sudah meraih dua perak dengan yang pertama melalui Hafiz Adha dalam acara rapid fire pistol 25m. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI