fbpx

Gol kedua buat Hasenhuttl kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATHAN Redmond (kiri) terlebih dahulu meletakkan Southampton di hadapan, namun mereka terpaksa akur tewas 1-2 berdepan Liverpool awal pagi semalam. – AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl mengakui bahawa perkara paling mengecewakannya ketika tewas 1-2 menentang Liver­pool adalah bagaimana pasukannya bolos untuk gol kedua pasukan lawannya itu.

Gol kemenangan Liverpool itu berjaya dihasilkan oleh Joel Matip yang menanduk bola hasil sepakan percuma selepas pemain Southampton gagal mengeluarkan bola daripada kedudukan bahaya dalam kotak penalti.

Menurut Hasenhuttl, para pemainnya telah menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan kecuali ketika berdepan situasi tersebut menyebabkan mereka terpaksa menanggung kekalahan tersebut.

“Kami cuba untuk melakukan kejutan pada babak ke­dua dengan menukar formasi 4-2-2-2 dengan menekan pada garisan yang lebih tinggi.

“Tapi, menentang pasukan seperti Liverpool, jika anda gagal melakukannya dengan baik, anda akan menerima padah. Gol kedua itu tidak patut diberikan kepada mereka, anda perlu mengeluarkan bola pada sentuhan pertama lagi.

“Ini adalah perkara yang sangat mengecewakan, melepaskan gol dengan cara tersebut. Kemudian kami agak tertekan untuk mengimbangi permainan sama ada memburu gol atau mempertahankan gawang sendiri.

“Kami mempunyai pe­luang terbaik pada babak kedua, tetapi tidak berhasil. Isu kece­deraan juga menyebabkan pa­sukan kami tidak begitu sempurna untuk berdepan aksi kali ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI