fbpx

Betul ke Farisha Iris, Niezam Zaidi putus cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBELUM ini, Farisha dan Niezam mengakui mereka hanya berkawan rapat.

BEBERAPA minggu sebelum ini, kecoh juga tentang kemesraan dan keintiman antara penyayi Farisha Iris dengan pelakon Niezam Zaidi.

Kata empunya badan, mereka hanya teman rapat dan selalu sahaja berkongsi video momen manis dalam media sosial.

Itu yang berlaku sekitar bulan lalu tetapi baru-baru ini tiba-tiba ciapan Farisha muncul dalam garis masa Twitter Mizz Lahar berbunyi pelik.

Ciapan tersebut mengundang tanda tanya ramai apabila rakan selebritinya iaitu Bella Dowanna memberinya sebiji kek.

Paling menarik perhatian ialah ayat yang tertulis di atas kek tersebut: “Tahniah atas berita putus cinta awak.”

Namun, Farisha tidak menyatakan secara terperinci mengenai perkongsian foto tersebut.

Pelik dan penuh tanda tanya ciapan tersebut. Tetapi jika benar putus cinta, jangan risau, kumbang bukan seekor dan usia pun masih muda.

MIZZ LAHAR: Ramai kasihan ingatkan Awal Ashaari kena gari masa hadir ke mahkamah baru-baru ini. Tapi sebenarnya dia tak digari, jangan risau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI