fbpx

Anjing K9 bantu operasi cari mangsa terjun Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing K9 dibawa menaiki bot bomba bagi membantu operasi mencari lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Isnin lalu. - Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penjawat awam yang dilkhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra pada Isnin lalu diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin berkata, seekor anjing pengesan dibawa menaiki bot bomba untuk membantu operasi mencari lelaki berusia 46 tahun itu.

Menurutnya, bomba menggunakan kaedah itu selepas operasi mencari mangsa masuk hari ketiga pada hari ini.

“Unit K9 telah membuat rondaan bersama anjing selama dua jam dengan radius keluasan pencarian sejauh 1.5 kilometer dari kawasan mangsa dipercayai jatuh.

“Setakat ini, anjing K9 masih belum dapat mengesan mangsa di dalam sungai tersebut dan tiada sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan penemuan lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zainal, sekiranya ada sebarang petunjuk daripada unit K9, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan membuat selaman di kawasan yang dikenal pasti.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan sejak lebih setahun lalu dipercayai lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang berusia 46 tahun meninggal motosikal jenis Honda Wave sebelum dikhuatiri lemas di sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI