fbpx

Pemandu Myvi ditahan pandu melulu di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular menunjukkan sebuah Perodua Myvi memandu secara melulu di lorong kecemasan yang berlaku di Kilometer 27, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala arah selatan berhampiran Kulai, Johor petang kelmarin.

KULAI – Seorang pemandu Perodua Myvi ditahan polis kerana memandu secara melulu di lorong kecemasan di Kilometer 27 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pemandu lelaki itu ditahan pada pukul 7 malam di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada pukul 4 petang, kelmarin.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu video tular yang dimuat naik dalam laman Facebook penama akaun Azrai Zulkefeli yang memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran JKW261 jenis Perodua Myvi memandu secara melulu di lorong kecemasan.

“Lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penyelia itu dipercayai secara sengaja memandu secara melulu di lorong kecemasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pengguna jalan raya yang lain selamat dan kemalangan dapat dielakkan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang.

“Kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan sebuah kereta Myvi berwarna merah yang cuba memotong sebuah lori treler di laluan kecemasan dan hampir berlaku kemalangan antara dua kenderaan terbabit.

Rakaman itu juga menunjukkan kejadian berkenaan berlaku ketika terdapat kesesakan jalan raya di kawasan terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI